AHLAN WASAHLAN


Rabu, 1 Disember 2010

kEisTImeWaaN WANITA.....

Wanita ~ Perempuan ~ Gadis ~ Anak Dara ~ Girl ~ Nisa' ; semua gelaran ini ditujukan kepada kaum hawa...kaum yg pada mulanya ditindas..yg dirasakan tidak berguna akan tetapi telah diangkat MARUAH dan MARTABATnya oleh ALLAH dengan munculnya agama ISLAM yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w..

Semenjak itu, wanita telah diberi keistimewaan yang sama dgn kaum lelaki.... ~ syukur Alhmdulillah..

Wanita adalah hiasan dunia....dan seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH ( hrp2 aku tergolong dlm golongan tersebut, amin...)

Peringatan untuk semua wanita ( termasuk aku lerr ), peliharalah akhlakmu, peliharalah tingkahlakumu, peliharalah tutur katamu, tutupla auratmu...jagala maruahmu, banyakkanlah malumu...kerana kita adalah insan ISTIMEWA...dan keistimewaan tersebut adalah :~

  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa² seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Apabila telah lahir anak lalu disusui,maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  • Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
  • Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah,akan diharamkan api Neraka ke atas tubuhnya.
  • Barangsiapa membawa hadiah,(barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya),maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempyan seolah² dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s
  • Setiap perempuan yang menolong suami dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu drpd suaminya (10000 tahun)
  • Perempuan apabila sembahyang lima waktu,puada bulan Ramadan,memelihara kehormatan serta taat akan suaminya,masuklah dia dari pintu Syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  • Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik drpd 1000 lelaki soleh.
  • Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?Jawab Rasulullah s.a.w, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki? Jawab Rasulullah s.a.w, "ibunya".
  • Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu,maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  • Wanita yang taat akan suaminya,semua ikan di laut,burung di udara,Malaikat di langit,matahari dan bulan beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya.
  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu² Neraka dan terbuka pintu² syurga.Masuklah dari mana² pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  • Wanita yang tinggal bersama anak²nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
  • Barangsiapa mempunyai 3 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap IHSAN dalam pergaulan dengan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab,maka baginya Syurga.
  • Daripada Aisyah r.a,barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak² perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api Neraka.
Berbanggalah menjadi seorang wanita :)



* arini skema ckit hehe ;p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan