AHLAN WASAHLAN


Selasa, 14 Disember 2010

10 Muharram.....

Masa yg mmg pntas berlalu...cm baru smbut 1 Muharram semalam..tetibe sok da masuk 9 Muharram ( ceh, yela tu tetibe, hehe ) Ap2 pn..alhamdulillah..aku masih bernafas utk menghadapi mse sok n mngkin seterusnya insyaALLAH...

Bile da smpai 9 Muharram mksdnye 10 Muharram pn akan smpai juge, byk kisah yg berlaku pada 10 Muharram ni..

Kita di sunatkan berpuasa pada seluruh bulan Muharram....Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram ( suci )...disamping itu sunat muakkad (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura')...Sunat juga berpuasa pada 9 Muharram serta pada 11 Muharram, dan terdapat sebahagian Fuqaha' menyatakan sunat untk kita berpuasa pda 1-10 Muharam...

Kat sni nk kongsi tentang kelebihan 10 Muharam, semoga kita lebih mendalami dan menghayatinya....

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram)maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakandengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.2. Diterima taubat Nabi Adam a.s. 3. Dicipta Adam a.s. 4. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga. 5. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang. 6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. 7. Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud. 8. Selamat Musa dan pengikutnya. 9. Lemas Firaun.10. Dilahirkan Nabi Isa a.s. 11. Diangkat Nabi Isa kelangit. 12. Diangkat Nabi Idris ke langit.13. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.14. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar. 15. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.16. Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.17. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.18. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.19. Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri....fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin....fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah.....fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golonganyang ridha

4. Menunjukkan orang sesat....fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim..... fadhilat - Allah akanmengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah....fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauhseekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri....fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahayakeimanan.

8. Mandi Sunat....fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahajaaku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak....fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali....fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhiratnanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat....fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutanselama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunathari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dankedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wanikmannasiru"....fadhilat - Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa....fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbukapuasa.

14. Puasa Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyurakerana Allah Taala.....fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah danseribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Niat Puasa Sunat 10 Muharram:

Sahaja aku berpuasa esok hari pada hari ke-10 bulan Muharram sunat keranaAllah Taala.

Niat Puasa Sunat 9 Muharram:

Sahaja aku berpuasa esok hari pada hari ke-9 bulan Muharram sunat keranaAllah Taala.

Niat Puasa Sunat 11 Muharram:

Sahaja aku berpuasa esok hari pada hari ke-11 bulan Muharram sunat keranaAllah Taala.

SELAMAT BERPUASA SUNAT 9 & 10 MUHARRAM ATAU 10 & 11 MUHARRAM.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan